WELCOME TO MY LITTLE WORLD.

SEM-BREAK dah?



Assalamualaikum..

HI GUYS. Now dah bln October... andddd...
It's SEM BREAK wuhuuuuuuu~

Alhamdulillah sem 1 = DONE :)
YAYYY!

Jap, lek ah baru sem 1 tapi excited mcm dah final sem en :p biasalah dakdak freshie memang macam ni kan awal awal memang over excited. Nak tengok bila dah sampai tengah nanti, still excited lagi mcmni atau tak.. haha

Ok actually nak cerita sepaaaaaanjang sem 1 ni. Ok first thing bila masuk mesti dalam otak kita fikir 'siapalah roommate aku nanti' 'mcm mana lah perangai dia' 'dia selesa tak dengan aku ni yang tidur pun kena ada bantal busuk' eh tapi kesah apa kan kalau ada bantal busuk ke tak, tak kacau pun.

First sem ni alhamdulillah la dpt roommate yang sangat caring and satu kepala semua eventhough they are so nice than me, but diorg still boleh masuk dengan cara kita. That's cool tho. Member member diorg semua jeles dengan kitorg sebab kitorg dapat roomate yang alhamdulillah semua boleh give & take. Kdg kita ni kena fikir matang sikit kalau nak relationship tu kekal. Not only relationship kita dengan BOYFRIEND je kena jaga but with FRIENDS too okay! Noted that.


Here's my roommate. Comel kan!
Tapi tipu la kalau berbulan duduk sama, 24hours celik mata dia, nak tidur pun dia, impossible la takde terasa. Perempuan kan, complicated. Ofcourse ada yang terasa sikit sikit tu. That's normal. What we gonna do is, terus terang. Cakap apa yang terasa, apa yang tak puas hati nya. So from that we can learn. Ok dia ni sbenarnya tak suka cara aku mcm ni. At the same time we can know what is our flaws. So try to improve it.

Tapi sem depan tak sure lagi dapat sebilik lagi atau tak. Kitorg dh plan tapi tktau dpt tak sebilik lg sebab tahun ni kolej dah keluarkan rules baru for hostel. Takleh pilih member. The heck kan...
Actually menyusahkan jugak rules macamtu sebab en kita dah selesa dengan orang ni untuk duduk sebilik, dah kenal luar dalam dah. Eh????
Tu yang macam sedih tu, kang kalau tukar roommate baru dia terkejut pulak tengok kite yang luar nampak okay je sekali....... ok nothing. Tapi biasalahkan life memang mcmni. Tak semestinya kalau kita berkawan dengan dia, till forever kita akan dengan dia je. Kalau ada pun maybe certain orang.. Majoriti semakin further kita jalan, makin ramai kita jumpa, makin banyak benda baru kita kena tempuh. Am i rite? Sorry baru 18, so pengalaman hidup tak berapa banyak sangat macam korang.. Mohon tunjuk ajar.



P9-315 <3 p="">
Selain roommate, classmate also memainkan peranan penting! If ada prob dengan classmate, lari gi nangis kat budak bilik sebab dia bukan sama kos pun hihi. Bila ada prob dengan budak bilik nanti lari ke classmate plak. That's normal for girls.....
So far first sem ni, classmate okay. Not too superb okay la but not bad. Tapi sebab kita tak kenal dia lagi kan so yeah i'm trying to 'husnuzon' dekat diorg. As usual, girls okay. Tapi bila sampai lelaki, herrr they are so annoying. I dont like boys~~ XD hope sem sem depan ni diorg makin okay dan makin matured otak tu. Bukan nak kata aku matured sangat tapi matured lah SIKIT daripada diorang yang tetiba merepek pastu nak buat orang sakit hati. Tu bukan ke perangai budak budak?

But whatever it is, i dont really mind sebab still banyak lagi sem and kena hadap muka diorg sampai final sem nanti kah!



So here is the ladies of MS35 :)



 Comel je semua! :) hehe, baru first sem dah beratus gambar dalam phone. Belum lagi sem sem yang lain? Haaa meletup guys..
Tapi ni jela mampu interframe kan dalam ni sebab banyak selfie je. :b
Yang jejaka jejaka dalam kelas tak teramik pulak gambar nya sebab diorg sebok selfie dengan member memasing kalah perempuan guys mereka selfie. HAHAHA


Senyum siket!! With mimi the mumu. Kah. 
Classmate byk gak ah membantu sepanjang sem. Sebab sama kos so sama aktiviti. They were cool jugak! :D lagi lagi budak dalam gambar atas ni. Masuk air banyak sangat. Menari tengah parcel? Biasa dah. Hahaha. Demm this girl so funny!

Pejam celik pejam celik kelas sana sini, koko sana sini, festival sana sini (cewah macam banyak je sedangkan baru sekali) tengok tengok dah nak final exam. Ketaq jugak la at first sebab first time rasa final exam dekat kolej. FRESHIE kan. Abg senior kat kolej tu suka sangat gelar aku ni freshie. Tau ah dakdak lagi. Lek ah takyah nak pandang rendah sangat yeee even memang rendah pun hahaa.

So I'm hoping for a good good vibe bila naik second sem nanti and I HOPE sangat dapat roommate yang boleh masuk dengan perangai aku yang macam tak betul sangat ni. 


Rasanya sampai sini saja post kali ni.That's all for sem 1 yayyyy.. All praises to HIM.
Lastly, yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari aku sendiri. Thank you for reading!
Assalamualaikum :D

First step..


Assalamualaikum dear blogger and bloggies (suka hati jeee tambah lelebih) :-p 
First sekaaaali nak ucap Alhamdulillah for everything. Sebab dapat update blog lagi even ni dah bulan August! Haha..


Sebab bulan Jun actually kite dah start further study. Alhamdulillah dah sambung dekat Selangor Islamic International University College, Kajang. Dekat je dengan rumah! Boleh selalu balik, (niat awal-awal masuk tapi lain pulak jadi, ok tu nanti cite) okaylah sebenarnya 3 Jun haritu dah daftar and.. yeah, dah terus check-in hostel whatever semua tu. First time wehhh rasa macam ni :( first time duduk hostel, first time duduk jauh dengan family, first time cuba berdikari, buat semua benda sendiri, and aku rasa macam sangat awkward. Rasa dia hanya Allah je yang tahu :'(




Hari pendaftaran tu dah start rasa busy, semua kena on time! Tetiba kakak yang jaga katsitu bagi satu pemplet, dalam tu tertulis "Taaruf" and I was like? Sorry sis, "Taaruf" ni apa eh? Then kakak tu senyum sambil jawab, 'Taaruf ni orientasi dik' at that time rasa malu gila. Ok nampak sangat aku ni macam jahil sangat bab2 Arab ni hahaha. Okay and then terus kataa oh okay this is my first time suasana macam ni. Dengan pak-pak ustaz ada, hakak-hakak niqabis, hijabis, semua ada. yaAllah rasa dia pehhh lain macam beb!


Malam lepas habis firstday Taaruf tu terus balik hostel. Masa tu pukul 11 lebih kot. Dah lah esoknya kena bangun pukul 4 pagi yaAllah rasa macam omg seriously? Hahaha, okay pastu balik hostel tengok bag-bag semua belum kemas. Almari belum kemas, wehhhh serious tak reti. Tapi takpe sis cuba tabahkan hati. I rasa macam..... haih entahlah. You know what I feel......


Time orientasi seminggu, rasa strict sgt! Menyampah pun ada rasa nya. Sebab hari-hari kena bangun pukul 4. Tidur pukul 11. Hmmmmmm sampai call ibu nangis2 cakap Kakngah tak tahaaannnn :'( ibu pun suruh sabar je. Yelah, nak cakap apa lagi kan? Amik kau, takpernah duduk hostel, sekali further study, yaAllah baru rasa macam mana perasaan dia. Sangat sangat kena berdikari dan... taktau nak cakap apa tapi serious sedih haha sedih campur bangga sikit sebab dapat berdikari. Daripada tak pandai basuh baju, dah pandai dah. Basuh guna tangan pun boleh Alhamdulillah lah kan :p Haha then sidai kain pun Alhamdulillah so far dah okay, masa first time kena sidai baju tu menangis kot! It's okay ini first experience ever...
Dalam beberapa minggu pertama tu, tak reti lagi nak arrange masa. Sebab kena tengok jadual yg pelik, kena gi tengok kod kelas, and whatever.. Memang sangat busy sampai nak update blog pun tak sempat and finally, bulan August baru sempat heheh :-p Tapi takpe at least ada jugak update about my life after further my studies. 


Actually banyak sangat prob katsini. Cuma kita ni kena pandai handle. That's normal kan, every person mesti ada dia punya prob sendiri. Sometimes kalau kita too think pasal prob tu, surely kita akan pening and got no time to smile. Macam aku katsni, seriously too many probs. Tapi inshaAllah I know I can handle all this. Biasalah kawan yang baru kenal. Macam-macam ragam. Tak macam member time sekolah dulu. Now lain.... 




Memang tak sama macam dulu. Sebabtu lah sekrg kena pandai pilih 'sahabat' ;-) sebenarnya banyak lagi stories yang nak share katsini tapi di sebabkan now dah pukul 1:32a.m, terpaksa stop sampai sini jee sebab esok got class. And yeah lagi satu, kat sini line lambat sangat. Ni pun terpaksa guna wifi sendiri untuk update. See my usaha untuk update my blog at least sikit pun jadi la. Just untuk my diaries bila dah besar nanti hehe bila bosan nanti mesti nak usha blog ni kan. Apa yang aku buat masa tengah study and all. Sometimes tak semua yang jadi kita igt, betul tak? InshaAllah blog ni akan mengingatkan kembali nostalgia. Hahaha, So yeah this is the reason why I created my second diaries. Hehehe, yang first ofcourse ada buku. Aippp secret! No one can read that book :-p


Anyway, dah ngantuk sangat ni, cuma tahan je dari tadi. So many photo kat kolej ni, takpe, satu satu akan di upload after this inshaAllah hehehe good night everyone.
Have a great day!


It's been a long day...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah still got the chance untuk update sikit-sikit dalam blog ni. Nampak lah sikit aktif nye kan? Hehe actually tak banyak sangat stories yang nak di kongsi kan. sebab?

Sebab nya adalah life after Spm sangat krik krik. In the meantime, sangat best jugak sebab dapat relax for 3 months, tambah lagi masa untuk tunggu university/college? Maybe dalam bulan Jun or September sebab nak tunggu intake. Wahhh lagi lama dapat relax! Ni baru bukan May! Yay yay~

Relax, relax jugak, tapi masa tidur dah tak betul sekarang ni. Pukul 2a.m? Still fresh! Rasa dia macam baru lepas minum coffee. Sedangkan memang hari-hari macam ni. Lepastu bangun pulak tengahari. Zzz. Sebab kalau bangun pagi nanti pening kepala! Haha, under my eyes pun dah start ada dark circles. NOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!


And now I'm searching for something/product yang boleh hilangkan dark circle! :'( haih from now memang kena try tidur awal. Tepat pukul 10p.m dah tidur okay dear Mata!! Haha. If only it would be that easy~ bukan apa, nanti nak further study macam mana? Tidur lambat jugak ke? Bangun tengahari jugak ke? Miss class everyday ke? Or migraine dalam class? Haa :'( sedih tau. InshaAllah I'll try to sleep early after this. (after finished this post I'll terus tidur :p) sebab today ada mood nak bangun awal pulak! Now currently 10.39a.m. Yay I'm a morning person! Tapi petang nanti siaplah mamai dah... Padan muka siapa suruh too relax for a few months ni.. Kerja pun taknak, apa nak jadi ni?

Nak jadi apa? Ermmm nak jadi apa-apa yang boleh jadi? Haha after got the result, I was like, oh? This is my result? Like seriously? Ok I guess I already knew it.. :"D a little bit dissapointed but benda dah jadi. Nak regret pun dah takde mende. So I hopeeeee and hopeee so much after this I'll make it better. InshaAllah that's my promise to my parents ofcourse. And to myself. I will prove it. Actually I know everyone loves me. But I'm breaking their heart. I am so sorry, ayah ibu kaklong.. and aiman also.

And now I'm currently waiting for my tawaran untuk further my studies. Zaman sekarang ni banyak dah tempat untuk belajar. Bersepah-sepah kolej universiti text/call me. yaAllah seriously. Cuma diri kita je, sama ada nak atau tak? Teringin capai cita-cita atau tak? That's all. Everything will start from diri kita sendiri. No others. This words inspiring me a lot, "You Create Your Own Opportunities"

Whatever it is, everything you do niat mesti kerana Allah Ta'ala. InshaAllah He will ease your way! :) May Allah bless us. See yaa in my next post! :-D

(My inspiring picture n it was taken at Universiti Selangor, 2014)


New me?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah finally siap jugak kemaskini sikit-sikit blog ni. Dah lama sangat tak bukak. Since 5/3/2012! Memang sgt lama.. 3 years I'm dissapear... cewah. No la just tak post anything about myself. Bila baca balik post-post yg lama, perasaan rindu, sedih, awkward, happy, semua ada. Masa umur 14 kot post sebelum ni.. hehe, 

 And today, I'm already eighteen. (masih dalam peringkat teens lagi) tapi dah habis sekolah. Yay! Rupanya ni feeling dia bila dah habis. Sebelum ni tgk kakak & abg senior mcm syok je. Siapa yg tk syok klau habis sekolah? Dah takde bangun pkul 6 pagi for prepare.. breakfast. And sometimes ada la terlajak bangun pkul 7.30 baru tersedar! So nk buat cmne tu? Takpayah sekolah lah cite die! Haaa that was the best part! :p 

 So bila dah habis ni kan, dia fefeeling mcm dah besar sgt. Mcm dah boleh buat sesuka hati. Tapi sebenarnya on my age ni lah langkah untuk memulakan hidup yg baru. Cari pengalaman and all. So berlagak dia tu mcm lebih sikit bila nampak budak-budak pegi/balik sekolah. Sedangkan baru 18 kot?? "Ek elehhh" (pandangan org yg 20 and above) Am I right?

Okay bila cerita psl sekolah ni, walaupun baru beberapa bulan tinggalkan sekolah, bak kata orang, masih fresh lagi.. Tapi fara and kekawan lain dah mula rasa rindu tu. Ni baru beberapa bulan, belum lagi beberapa tahun??? OMG. I cannot imagine. So kepada adik-adik diluar sana yg masih bersekolah, appeciate your school's moment. Walaupun I know payah nak bangun pagi tu, nak belajar, rasa nak bercinta je kan? Eh? Haha. Tapi nanti one day after habis korg mesti rindu jugak! Tak banyak pun sikit mesti ada. Kdg ada yg menyesal sebb result not so good. (like me) Pape pun alhamdulillah for my result. Walaupun tak brp puas hati sgt but nak buat mcm mana. Main-main lagi masa sekolah. Enjoy sana sini. Haha tapi seriously best bila ingat balik. And actually I want to throwback some moment masa sekolah beberapa bulan yg lepas :p sebab byk sgt gambar dgn kawan kawan..


Dalam class with lovely classmates. Kitorg sempat selfie sebab cikgu tak ada. And that time rasa heaven sgt sebab boleh gossip-gossip, borak-borak.. And at the same time boys selalu kacau kitorg. But yeah thats normal for boys because BOYS ALWAYS BE BOYS. 

Paling syok bila time Raya.. Semua berkumpul!


Tapi ni just suku daripada kami. Gambar yg lain takpasti kat siapa. Ni masa kat rumah cikgu Normah. The garang-est cikgu Addmath! But she is okay bila kat luar. Professional ok cikgu Normah~ dalam class je garang. Sampai lembap pun keluar dari mulut dia haha but nevermind. Respect her sebab dia cikgu.

Ni masa dah besar sikit la.. 17tahun. Tahun lepas haaa. Tapi kitorg even dah form5 kitorg still lagi HONEYMOON. Tak rasa mcm nak Spm pun. Tapi...
Bila dah sampai bulan 9, baru kitorg rasa kan kehangatan Spm tu (cewah). Sebab 2 months left! Tolak holidays, public holidays, event kt sekolah lagi, tak sampai 2 months. Haa on that time kitorg 5 Efisyen memang sgt nervous. Pastu masing-masing dah ada kesedaran. Setiap pagi mesti ada buku kat tangan.. Alhamdulillah :p


Dalam makmal Fizik. Miss Lai sgt sporting so kitorg selfie for our memories! Boys sedang sebok revise :) baik dah masa ni! Tengok buku jee ok~ taksampai sebulan nak Spm..


Ni sebelum paper addmath! Selfie first? Haha. Ni dgn ely. Member paling cool.

Semua ni moment masa form5. Sgt sweet bila igt. Relationship between us sgt kuat. Boys selalu protect us. Kdg kitorg girls ada la bergaduh dgn kelas lain, and all.. Then boys akan protect us, backup kitorg. How sweet isn't?? Our bond was so tough on that time. And insyaAllah we will always together bila dah habis sekolah ni..

Tapi seems like semua org dah buat hal sendiri. Yeah normal kan. Tapi insyaAllah ada rezeki, ada masa, kitorg will gather. One day.. Still dalam perancangan nak re-unite! Hehe. 
Pejam celik pejam celik, tengok dah habis dah sekolah. Rasa mcm tak sangka. Daripada umur 13tahun dekat Smk Seri Tanjong, then nak sampai ke hujung tahun tu mcm2 yg jadi.. Manis, pahit, sedih.. Kisah cinta pun ada! Tapi that time still junior yg freshie lagi! Senior just pandang nak jadikan adik angkat? Haha and I was so shocked. Then masuk form2 till form4.. masa ni mmg macam macam jadi.. Dengan abang-abang senior nya, dengan kakak-kakak senior yg jeling menjeling bila nampak fara dgn senior. Mungkin diorg dah cop dulu abg tu haha. Bila naik form5, mmg BAPAK senior lah kiranya kan.. Baru faham kenapa diorg jeling menjeling kalau junior rpt dgn our friends. Dia mcm pandang budak-budak form1-4 ni mcm kecikkk je. Sedangkan kite lagi kecik dari diorg! (saiz badan) haha. Bcs I'm short and skinny..

 Tapi this is the reality. My school's life already end! Alhamdulillah for everything. Syukuur.